Fotografi Seni


Shout Out Loud, originally uploaded by rejim.

Aku sebenarnya sangat suka pada grafik design. Aku tahu yang grafik design yang aku suka tu sebenarnya bukan pada commercial grafik design tapi pada Seni Grafik Berkomputer. Dulu, masa aku belajar, aku boleh buat macam macam artwork hanya melalui photoshop.

Lama dah aku tinggalkan photoshop kerana dalam commercial work, photoshop hanyalah tempat persinggahan untuk mengedit gambar. Itu sahaja. Kini aku mula mendalami fotografi dan semenjak aku berkenalan dengan nama seperti Dave Hills, Syahrin Aziz, Ted Adnan.. aku rasa bersemangat untuk menghasilkan karya seperti mereka.

Semenjak aku diperkenalkan dengan HDR photography.. tiba tiba semangat aku nak edit gambar sehingga ke tahap seni membuak balik. AKu seronok bermain dengan gambar yang baru aku ambil dan jugak gambar gambar lama. Semuanya seolah olah menjadi. Photoshop mula sebati kembali dalam diri aku.

Aku macam jumpa balik diri aku yang dah lama aku tak jumpa. Macam jumpa kawan lama.. nak bersembang, nak tahu lebih lagi, nak luang masa bersama. Tengoklah.. sejauh mana kali ini aku boleh pergi... mungkin sekejap je.. tapi mungkin juga aku boleh lahirkan bisnes dengan kombinasi skill dan minat yang aku ada sekarang.. insya-Allah.

Doakan aku.. dunia dan akhirat wahai sahabat sahabat ku.. selamat Berpuasa.

Comments

M Suhaimi said…
Hebat ... dah dave hill dah ko ye ..... anyways selamat hari raya .... aku akan berada di ktn dari hari raya ke-2 hingga jumaat (sabtu gerak ke KL ) Ahad nak rest la .... takut jam bila balik ke KL
Anonymous said…
YA Allah YA Tuhanku,

Kurniakanlah bakat kepada sahabatku ini... jadikanlah beliau seorang yang sangat berbakat dalam bidang yang beliau minati... Amin...
Unknown said…
Aminnnnnnnn... Tima kasih Bun, Tima kasih Kojey