29 November, 2008

Teluk Chempedak 6:45 AM


Teluk Chempedak 6:45 AM, originally uploaded by rejim.

Malam semalam aku balik rumah awal, biar lah si Jaja yang tutup Gym.. lagipun dah kerja dia ye dak? hehe. Sebelum tido tu aku cakap kat wife aku, rasa nak shoot sunrise pagi besok. Kena bangun awal la kata aku.

Bila aku bukak mata, nampak wife aku kat depan aku tengah kejutkan aku. Dah pukul 6:00 pagi kata dia.. isk.. ari nih ari sabtu, rasa macam nak tido balik pun ada. Pastu aku tengok dia dok kemas baju masuk dalam beg. Aik.. ni nak pegi mana pulak ni? masa tu baru aku teringat yang aku ajak dia shoot sunrise.

Terus aku cepat cepat pakai baju, solat dan capai beg kamera. Aku pecut pegi Teluk Chempedak. takut miss matahari keluar. Alhamdulillah, sempat gak shoot. Subhanallah... memang cantik. Walaupun sekarang musim hujan, tapi still boleh menikmati keindahan matahari terbit walaupun sekejap.

Petang ni nak try shoot matahari terbenam belakang masjid besar pulak. Harap harap sakses.

21 October, 2008

Saing Ambe


Saing Ambe, originally uploaded by rejim.

Semalam aku dikunjungi kawan aku dari Ganu.. lama tak cakap ganu.. mujo la lidoh dok kerah lagi. buleh lagi nok cakak lebih kurang bau ikang. hehehe

Ustaz Azhar Idrus ni aku kenal dari ganu lagi. Masa aku duduk ganu. Tapi masa tu aku tak tahu dia nih main kamera gak. Sekali aku jumpa dia dalam forum pulak. lerrr.. kaki skodeng gak jer.. tapi ni skodeng halal beb.. skodeng guna kamera, merakam keindahan ciptaan Ilahi.

Kebetulan dia ada mengajar di masjid Negeri di Kuantan ni. So, aku ngan Dr Ali ajak la dia TT. best jugak, tapi kesian kat ustaz la.. dia dah femes.. so sket sket ada je orang datang bersalam.

Gitu la lebih kurang dop... lama dok gi ganu...rindu dok ke losong, kedai nasa, pasor chabang, khepok Kak Yah.. ohh..