Sweet ride O mine...

Akhirnya MR5989 diganti jua... Keputusan aku buat untuk amik Grand Livina ni tatkala air mencurah curah masuk ikut cermin depan dan belakang kereta lama aku masa aku drive dalam hujan. Anak aku dok kat belakang basah lencun. Wife aku kat sebelah ngan aku pun basah lencun. Macam takde cermin lak aku rasa.. padahal tu dah 3 kali buat tu cermin tuh. Enjin pun dah memacam bunyi.. Air cond lak mmg tak sejuk la.. maka aku pun ambik keputusan untuk berhutang.. bodoh punya keputusan.

Kenapa aku kata bodoh? pasal ini akan amik masa 7-8 tahun.. ko akan bayor kete, nilai makin susut, minyak makin naik, so secara tak langsung, perbelanjaan ko makin tinggi. Namun, bila ngenangkan anak anak, isteri, mertua yang takde kenderaan, maka aku decide untuk amik jugak. Lagipun, aku dah mampu dan aku rasa aku dah masuk level perlu untuk amik kereta baru. Ingat! mampu dan perlu adalah dua perkara berbeza. Ada orang beli sebab dia mampu. "Berbelanja ikut kemampuan" kata mereka. Tapi tok guru aku ajar, "Berbelanja ikut keperluan.." jadi walaupun kau mampu, tapi kau tak perlu.. so takyah la beli.

Nissan Grand Livina ni menang MPV of the year, lawan Wish, Stream dan setaraf dengannya. AKu amik 1.6 Auto.. maleh dah bawak macam lipas kudung baru dapat kaki. So, 7 seater, dan aku test tuang RM100 petrol dapat 400km dalam bandar. hmm.. kira jimat la tu kan. Berbanding dengan Mazda aku lama, RM100 sampai Gombak tinggal RM10 jer lagi minyak.

Maka suka la hati anak anak aku, isteri aku dan orang kampung yang berhormat sepupu tiri anak ipar isteri aku punya kaum kerabat. Masa memula aku bawak balik kereta tuh, anak aku naik soalan memula dia tanya ialah "ayah.. ni kereta siapa ayah pinjam?" pehhh.. agaknya aku selalu sangat pinjam kereta orang kot.. sian aku. Dulu masa aku kerja kat Terengganu, aku selalu pinjam kereta company bila nak travel jauh sikit.. so selesa sikit. Tu yang anak aku ingat aku pinjam tuh.

So, MR5989 aku akan aku buat make-over.. aku masih sayang kereta tuh untuk buat racing.. kalau nak gi travel sensorang, aku prefer MR5989.

So.. aku sekarang Livina de vida loca la hehehehe chow!

Comments

Anonymous said…
LUARBIASA.....!!!!
Anonymous said…
Patut call aku semalam suara kau sengau semacam je, lobang hidung dah semaking kembang rupanya.
Anonymous said…
luarbiasa btul boobbb!

tahniah2.. bile leh numpang nie?

eehehehehe
Anonymous said…
alhamdulillah broo bukan membazir dah berkemapuan bole.. selain memberi kesenanagn kepada rkan2 nak menumpang nnt hehehhee mana tau ada outingkengkawan jauh2 leh p satu kete jer hehehe sumbat ramai2 diasamping mengeratkan silaturahimm insyaAllah.. :)