Bila besi berlaga...

Lama dah aku tak menaip... tadi aku tolong member kat opis register blog dia, tetiba terkenang ke blog aku yang dah lama tak update.

Aku sekarang tak cukup 24 jam.. aku rasa kalau sehari boleh tambah jadik 64 jam ke bagus gak.. bleh aku tido lama sket hahahah. Aku sekarang ada banyak professi. yang pertama, aku kan dah kerja IIUM.. aku ditugaskan di Kuantan Campus dalam Kuliyyah of Medicine, department MTTRC, unit Clinical Multimedia Resource Centre. Kerja aku ialah buat semua keperluan multimedia kuliah.. bermula dengan buat web design.

Kemudian, aku sebagai fotografer.. yang nih aku dah tak amik pakej kawin dah.. aku amik upah shoot saja dari fotografer lain. aku tak larat dah nak buat album.

Yang paling terkini ialah....

Ni perniagaan baru aku. Satu cabang lain pulak selain dari fotografi & multimedia. Inilah Gymnasium Energy Fitness aku. Alhamdulillah, buat masa ni Gym ni lah yang paling banyak mencuri masa aku. Tapi setakat ni pulangan nya boleh dikatakan bagus.

Mula beroperasi pada 1 May.. hari ini dah 28 May. Ahli berbayar (bulanan) sudah ada 117 orang. Walk-in setiap hari tak kurang dari 50 orang. Namun aku sudah mula merasakan "Bahang" perniagaan retail ni. Masalah dengan orang yang pelik pelik datang ke gym, Orang tunjuk lagak, orang yang tak matang, orang yang ada ego.. huh macam macam. Pada masa yang sama juga aku dah jadi selebriti dalam jarak 50km radius dari kawasan gym aku. hehe mana mana aku pegi ada orang angkat tangan, tegur dan sebagainya. Diorang kenal aku, tapi dah ramai sangat muka aku tengok hari hari, mana la aku nak kenal diorang. Walaubagaimana pun aku layan jugak dengan wajah yang manis dan senyuman tahap manis tahap "diabetis" punya hahaha. Ramai juga kawan baru aku dari berbagai level. Semua baik dengan aku dan keluarga aku. Aku dah rasa seperti aku sudah "kembali" ke Kuantan. Alhamdulillah.

Ada juga masalah datang dari perniagaan berhampiran.. Orang kata mereka "dengki" tengok perniagaan aku. Hmm aku tak rasa gitu. Aku tengok semenjak gym buka, kawasan tu dah mula membangun sebab ramai orang datang dan lalu lalang keluar masuk ke gym. Restoran dulu kosong, sekarang dah penuh.. sebab orang lepas main gym, semua gi minum dan makan kat situ. Kedai runcit pun dah laku sebab orang alang alang pergi gym, beli barang pun terus kat situ.. senang. Sebelum ni mana ada MPK datang saman parking sebab parking tak pernah penuh, sekarang dah datang hari hari la pulak.. angin aku MPK nih.

So, bila ada satu community centre, maka tempat tu akan naik. Bila tempat tu naik, maka sewa kedai aku pun akan naik.. ayoooo.
Posted by Picasa

Comments

orang kampung said…
fuh tahniah...tahniah...aku kagum dengan ko. bagus at least ada muslim yg bukak gym dan ikut stuktur nya. alhamdulillah. caya lah bro.
Unsunghero said…
salam bro...tanhain. nantikan kedatangan anak bekas jaguh bina badan sarawak mai gym lu...hehehehe
iFaris said…
Perghhh..
Tak sabar aku nak balik Kuantan..
Nanti kita buat sessi tayang Triceps dng Traps ye..

Tapi aku rasa, still takleh lawan traps bapak mentua ko lah JB..
Anonymous said…
salam..nak tanya gym tu kat mana? ada separate area or time for ladies tak? tq
Anonymous said…
makin gagoh la orang2 kontan..

tahniah2