Job Baru : Dokumentasi Artifak Pahang

Ingat pesan tok guru aku, "Mulakan perniagaan dengan apa yang kita ada.." Aku dapat offer job ari Muzium Pahang. Projeknya ialah untuk mendokumentasikan semula 9000 artifak yang terdapat di Muzium. Tugasan aku ialah untuk ambil gambar dalam bentuk detail dan artistik setiap artifak agar boleh digunakan gambar itu untuk tujuan promosi dan sebagainya.

Apa yang aku tahu? aku berbekalkan Nikon D70 second hand yang aku beli, Sebijik flash SB600 milik aku yang baru dibeli dan juga sebijik lagi aku pinjam. 2 bijik flash untuk buat Creative Lighting System. Aku pernah shoot product. Tapi aku tak pernah guna diffuser, aku tak pernah guna tracing paper untuk serakkan cahaya. Yang aku baca dari internet, untuk shoot artifak kena ada 3 jenis kamera. Iaitu kamera biasa, kamera Infra Red dan juga Kamera UV.. aku takde tu.. tapi aku ada D70.

Aku buat proposal, macamana planning aku nak deploy projek tersebut, apa method aku nak guna, dan hasil yang akan keluar semua aku layout kan dalam proposal. Terima kasih pada Adzmely, Abg nasar.. ajar aku buat proposal. Kemudian aku minta dengan pihak Muzium, untuk shoot barang satu atau dua artifak agar aku dapat tunjuk dalam proposal aku "real thing". Ini pun aku blajar masa aku kat Mitechsoft dulu. Give first...

Jadi bila muzium setuju, maka aku dengan daifnya peralatan datang ke muzium dengan tahap konfiden yang tinggi. Inilah barang yang aku bawak.


Sebijik notebook Acer, Lens Macro 105mm F2.8 Nikkor, Kertas lukisan 4 keping untuk buat wall diffuser dan kain baldu hitam 1 meter yang aku beli dari kedai kain di Pekan. Aku pasang USB cable pada notebook dan aku bukak IrfanView software, aku setkan Twain selection supaya aquire guna D70 aku.. hasilnya.. satu pemandangan seperti seorang pro sedang amik gambar.. bilamana gambar diambil, terus keluar kat monitor wohoooooooo!!!...

Percaya tak, dengan demonstrasi itu, aku telah berjaya memikat hati pegawai pegawai yang sedang memerhati. "Fotografer sebelum ni tak pernah buat macam awak buat..." kata mereka. Flash aku dah set kan commander mode.. so bila snap, semua nyala menghasilkan effect pada gambar seperti kat bawah ni.


Dan komen dari Pengarah Muzium ialah "wahh.. better la gambar ni". So, siapa kata aku kena ada Hazelblade kamera baru bleh shoot benda nih? aku buat dengan Nikon D70 secondhand je.
Kemudian aku demo pulak macamana kalau detail photography untuk artifak tersebut.. hasilnya seperti gambar dibawah.


Tahu tak berapa kali aku shot gambar forklift nih sebelum aku berani pergi pekan? hehehe ada la dekat 200 kali kot.. tengok forklift kat bawah ni. Bapak aku sampai tanya camner aku masukkan forklift dalam white room hehehehehe... Tak tu bukan forklift betul. Tu forklift plastik yang ada kat office En. Ali.. kecik je dia tu.

Jadi, dengan niat yang betul.. aku bukan nak menipu, tapi aku yakin, tak perlu barang yang mahal Muzium akan dapat apa yang mereka nak dengan bajet yang murah. So insya-Allah, bila niat kita nak bantu, maka Allah akan bantu kita.

Sekarang, aku tak shoot guna kertas lukisan dah, aku dah ada cube tent yang proper, lighting yang proper dan sebijik kemera D200 Nikon. So, projek tu taklah aku jalan dengan D70.. Bila kita nak buat final thing, takkan nak guna barang DIY jugak kan.. at least yang proper sket la. Tent tu baru Rm150.. hehehe..

Comments

Anonymous said…
real macam pro la kava...welldone moga murahhh rezeki...
Anonymous said…
brilliant sungguh idea ko...
nanti bleh la aku try praktikkan... seblum ni aku guna telekung dgn belakang mousepad kaler itam je nak buat macro /product shoot..
orang kampung said…
gua kagum bro...gua salute. give first...ya