Job Baru : Tarian Gamelan

Aku dapat job baru, buat dokumentasi foto untuk Muzium Negeri Pahang. Dokumentasinya ialah foto gamelan, tarian gamelan asli Pahang. Mula dari pukul 10:00 pagi, kat Taman Budaya Kuantan. Aku datang terlewat sket pagi tu. Sebabnya ialah kerana orang Kuantan drive kete macam orang bercinta. lagi satu ada sejenis golongan manusia nih dia memang suka drive slow giler kat fast lane.

Sepanjang event tu memang syok tengok kaler baju baju penari tuh. Seronok gak tengok orang nari hehe. aku tak pernah lagi tengok tarian tradisional ni dari dekat. Alat alat gamelan pulak, ialah yang original dari Istana Pahang. Memang barang purba. Pemain gamelan dalam gambar diatas tu semua staff muzium.


Tugas aku ialah untuk shoot Video dan juga photo. Ada la dekat 3Gig gambar yang aku amik. ye la.. dari 10 pagi sampai la 10 malam.. perghhh.. aku yang ngambik gambo nih lenguh satu badan.. takleh bayang la tukang main muzik ngan penari yang kena buat berulang ulang kali untuk sessi video.

Nih aku ada beribu gambar nak edit... maleh betul aku.. isk...
Posted by Picasa

Comments

dith said…
Kava,

Memang orang kontan drive mcm sedang bercinta, asyik mahsyuk tak hirau org sekeliling :((

Gambar tarian tu kalau buat spanning cantik gak....atau buat fish eye Dr Ali, hahaa
Unsunghero said…
Salam Bro...

hehehehe, apa khabar? Sekarang tak involve dalam 'Losong.net' lagi ke? ingat gua tak? gua arini baru tau dr member gua kat Kuantan yg lu jadi fotografer full time skrg. tak sangka org yg dia cerita tu org yg gua kenal gak...hehehehe. skrg pun gua dh tak kerja dengan j****g lagi dah...dah setahun lebih dah. apa2 hal contact gua...gua dh add lu kat YM gua...