Januari Sepi

Emmm.. lama dah aku tak memblogkan diri. Bulan Januari ni sepi sungguh. Sepi dari job, sepi dari outing, sepi dari macam macam sampaikan poket aku pun nampak sepi jer. Kebanyakan Job bulan 12, bulan 1 nih la nak menyiapkan. So tentu payment dapat rasa dalam bulan 2 atau 3. Jadi sepi sungguh.

Bulan 2 Alhamdulillah.. nampak ada job dan insya-Allah akan ada income. AKu dah daftar Kementerian Kewangan untuk Indahku Production. So, lepas ni boleh serius sikit. Lepas dapat je sijil KK tu, aku terus gerak ke KL untuk daftar sebagai pembekal kepada universiti, kolej dan juga agensi kerajaan. Minggu depan insya-Allah satu trip lagi. Sulu trip macam ni pakai duit company.. sekarang nih pakai duit company gak, tapi company sendiri.. adehhhh.. mepeh orang ganu cakap.

Jibril dah sekolah, yuran bulan bulan seratus lebih.. hmm.. bila la aku nak dipanggil masuk kerja nih. Gym pun blum dapat start lagi.. barang hanging kat singapore. Projek web based application aku pun hanging pasai developer lari balik kampung. adehhh.. sepi sepi.

Nasib la ada Najma. Najma Nurjiha sekarang dah besar, dia dah ada gigi 2 batang kat bawah hehehe. Sekarang dok melayan perangai dia yang dah macam macam. Dalam 3 orang anak aku, dia nih sorang jer yang manja terlebih. Asik nak dekat ibu dia je. Pass kat orang lain dia nangis. Kalau abang dia 2 orang tuh, hmm.. tinggal dengan sape sape pun boleh.

Semalam aku jumpa satu kawan. Dia bagi azam dekat aku.. hmmm.. adeke kat orang mcm aku dia kasik azam hehehe.. tapi azam dia tu membuatkan aku pun pasang azam gak..

Insya-Allah.. sama sama doa la.

Comments

M Suhaimi said…
masyaallah ... ngapa ko sepi ... 2 - 3 kali dah aku visit site ko ... senyap je ... ingat tgh sibuk ngan proj. ke apa ke ....

hang on bro insyaallah ada la proj. tu nanti
orang kampung said…
salam bro, waaa sekarang dah ada production sendiri? dah tukar bidang ke? bagus bagus bro teruskan.

-safuan aka anjang