Majlis Santapan Diraja Istana Pekan Pahang



Kelmarin aku dapat satu job untuk cover Majlis Santapan Diraja Istana Abu Bakar di Pekan Pahang. Tugas Indahku Production ialah untuk buat rakaman video majlis tersebut dan pada masa yang sama juga kena paparkan live view pada screen besar. Crew ayah aku dah cukup dah, cuma ayah aku nak aku join juga untuk belajar macamana nak handle rakaman Close-Circuit-TV atau dipanggil jugak MCP. So aku follow la. Letih juga nak setting dan placing camera tuh. Baru la aku kenal kepala kabel BNC, RCA dan memacam lagi.

Majlis itu diuruskan oleh pihak Protokol SUK Pahang, diketuai oleh Tengku Asmawi. Jadi aku tak lupakan camera aku. Aku tetap bawak gak. So masa diorang rehearsal tu aku jalan jalan la dalam dewan tu shoot la apa apa yang patut dengan intention untuk buat cover DVD rakaman tu nanti senang. Ada jugak 2-3 orang yang tanya aku dari mana. Hmm sayang tak bawak Business card.

Malam raptai tu, aku habis pukul 12:30 pagi. Kami bawak sejadah, so dapat ruang sikit kat bucu bucu dewan tu jadi lah buat tempat solat. Walaupun bising dengan bunyi latihan muzik dan sound check, tapi still rasa tenang kalu dah solat. Emmm.. tapi ada dekat 100 orang lagi masa tu dalam dewan tu.. Diorang solat kat surau agaknya.




Esoknya petang hujan turun lebat, aku bertolak dari Kuantan ke Pekan dalam pukul 4 petang selepas solat asar. Majlis bermula pukul 8:00 mlm. Aku dah standby cas batery dan semua equipment yang patut patut untuk shoot gambar malam ni aku dah bawak. Aku budget nak shoot gambo Sultan Pahang bebanyak jer.

Sampai di Dewan Sri Mulia, Istana Pekan, aku dah siap setting setting pasang kamera video semua so aku berjalan la mengusung kamera aku dalam dewan tu. Dapat la beberapa gambor macam kat atas. Tapi sebahagian gambo kat atas tu gambo campur semasa majlis berlangsung dah. Oh lupa.. Kami kena dressing baju melayu hitam, bersongkok dan bersampin songket. Nasib la ayah aku sponsor baju melayu hehe..

Sedang aku sibuk dok mengetik kemra aku, tetiba Tengku Asmawi panggil aku.. isk, aku tak reti bercakap dengan orang besar besar nih. Dia tanya aku daripada mana. Aku cakap la aku dari Video Production punya team. Dia cakap, dia dah ada photographer rasmi, tapi dia nak aku shoot gak gambar dalam majlis tu. Dia suruh aku masuk Istana mengadap sultan dan shoot gambar sultan sebelum sultan masuk majlis. Sultan nak group photo la tu dengan family dia.. aku telan air liur la dengar dia suruh mengadap tuh.. aihh masak la aku kali nih. Kebetulan photographer rasmi dia tu kawan aku. Terus aku call dia dan btahu. Kesnya sebab member aku tu datang lambat sket, so tu Tengku Asmawi tu risau tu sebab hujan lebat sangat. Dia takut photographer tu sangkut mana mana.

So aku standby la. Dah salin baju semua, sampin, songkok, kamera aku dah setting yang terbaik la aku tahu. Aku pun start la shoot guest guest yang datang, pekerja Istana, dan persiapan sebelum majlis tuh. Hah!!!.. lesen besar beb.. aku kira photographer rasmi la jugak. semalam atas karpet kuning tuh aku takleh jejak kaki, kena halau dengan protokol. Ini hari aku nak melompat pun boleh kat situ hehehehe.

So majlis berlangsung, kawan aku sempat datang on-time, jadi tak perlu aku mengadap. Aku shoot orang kenamaan, tetamu dan selebriti jer. Sultan Pahang dapat gak la aku shoot sket. AKu boleh pergi depan dia sebenarnya sebab aku dah ada lesen, tapi aku risau la sebab ni first time aku masuk Istana.

So, kalau korang nak tengok collage hasil kerja aku, bleh tengok kat http://rejimganas.fotopages.com



Nanti aku update lagi keh..

Comments

Anonymous said…
fuh.... hebat2.... aku baca pun berdebar bila jumpa org2 besar ni...kalu jumpa x tau nak cakap dan buat apa heeee...